Sabtu, 29 April 2017

Instant Shawl Jannah


 


  

  

  

  













Tips Menyusu Ketika Bulan Ramadhan


Jika anda ingin berpuasa sambil menyusu anak di bulan Ramadhan. Anda boleh rujuk tips-tips dibawah.





1. Cukup rehat

Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.

2. Pengambilan air 

Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.

3. Makan makanan seimbang 

Ibu yang sedang menyusu memerlukan tambahan sekitar 700 kalori sehari, 500 kalori diambil dari makanan ibu dan 200 kalori diambil dari cadangan lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu, penting bagi ibu menyusu yang sedang berpuasa untuk tetap dengan pola makan 3x sehari dengan menu gizi seimbang (dengan komposisi 50% karbohidrat, 30% protein dan 10-20% lemak).

4. Mengepam pada waktu malam

Tiada masa atau terlalu sibuk untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam. 

5. Nikmati bulan Ramadhan

Susu berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam (demand and supply). Sentisa fikir positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.

6. Teruskan sesi mengepam

Susu ibu hanya wujud dengan adanya permintaan (demand and supply). Teruskan aktiviti mengepam atau direct feed supaya supply sentiasa mencukupi.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein

Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

8. Amalkan Madu

Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

9. Banyakkan Buah Dan Sayur

Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

10. Makan Kurma Ketika Berbuka

Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

11. Jangan Abai Sahur

Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

12. Minum Air Mencukupi

Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Minum sedikit tapi kerap.

Long Shawl